Skip to main content

Bagaimana Wanita Ini Jana Pendapatan Part Time 5 Kali Lebih Dari Gaji Bulanan

Kawan saya ada cerita pasal seorang graduan ni yang baru grad, tapi tak dapat kerja yang bersesuaian dengan ijazah yang beliau ada. 

Nama graduan tu Cik Kartini, baru je berumur 25 tahun. Baru je grad dari universiti tempatan. Jadi macam graduan-graduan lain yang baru dapat ijazah, terus la cari kerja yang bersesuaian dengan ijazah yang diterima.

Setelah lama mencuba, Cik Kartini masih gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh-puluh temuduga. 

Bagi menampung kehidupan, dan membantu ibu bapanya, beliau telah bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter. Gaji yang beliau terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tetapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada untuknya, beliau teruskan juga bekerja disitu.

Di samping bekerja sebagai promoter, Cik Kartini ni aktif mencari peluang-peluang menambah pendapatan. Ye lah, takkan ada ijazah, tapi dapat gaji tahap SPM je, tak ke rugi tu.

Sampai lah beliau jumpa dengan kawan saya, seorang usahawan shopee yang berjaya. Kawan saya ni ajarlah satu teknik berniaga di shopee ni, namanya teknik firefighter. 

Dengan menggunakan kelebihan beliau bekerja di situ, dan gunakan teknik firefighter, pendapatan dari perniagaan shopee beliau dah cecah 5 kali ganda dari gaji bulanan yang beliau dapat sebagai promoter.

Yang paling bestnya, beliau masih lagi bekerja sebagai promoter, sebab bisnes shopee yang beliau buat tu langsung tak ganggu waktu kerja beliau sebagai promoter. Dan sekarang duit gaji tu pulak yang jadi pendapatan tambahan kepada hasil perniagaan beliau di shopee tu.

Berminat nak mula berniaga di shopee tapi tak tau macam mana? Klik butang di bawah untuk ketahui caranya

Image result for klik sini

* Gambar sekadar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Penjawat Awam Veteran Ini Berbisnes Sehingga Boleh Pencen Awal

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dan beliau ialah seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa beliau, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat.  Jadi, kawan saya pun perkenalkan Shopee kepada beliau. Walaupun beliau adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini. Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, beliau telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar. Sebelum itu, beliau kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, kawan saya cadangkan kepada beliau untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong.  Nasib beliau baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk.  En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam ke...

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Berikut kami senaraikan 16 sebab kenapa anda perlu berniaga di Shopee berbanding yang lain. Kami percaya, sebab-sebab ini pasti anda akan setuju apabila membuka laman web Shopee. Antara sebab yang sukar dinafikan ialah:- 1. Murah – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai sebarang online portal yang popular, dengan caj yuran atau caj transaksi pembayaranpaling murah, iaitu 1%. Jadi apa yang dibayar oleh pelanggan 99% milik anda. Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain. Untung anda akan jadi berkurangan kerana terpaksa membayar caj penyedia perkhidmatan tersebut. 2. Sistem Online Mudah – sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di Shopee Apps, anda boleh mula listing baran...

Lihat Bagaimana Tauke Kedai Pakaian Yang Hampir Bungkus Ini Bangkit Kembali Dengan Shopee

Mr Goon ialah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air. Sebelum ini beliau dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan beliau hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos.  Beliau ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada rakan saya, seorang usahawan shopee yang berjaya dan beliau tidak pasti sampai bilakah satu kedai beliau tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari.  Rakan saya pun ceritalah kat beliau macam mana caranya menjual di Shopee. Tanpa berlengah, beliau pun cuba mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee beliau. Hasilnya, pendapatan beliau kini semakin meningkat dengan kos yang semakin menurun. Beliau berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee.  Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung komp...