Skip to main content

Bagaimana Wanita Yang Selalu Sakit Ini Berjaya Dengan Shopee


Puan Jamilah ialah seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, dan kini berumur 37 tahun. Beliau menghidapi sejenis penyakit yang membataskan beliau untuk bekerja dengan baik di pejabat. 

Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya, sehinggalah rakan saya mengajar beliau untuk berniaga secara dropship di shopee.

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya, menggunakan konsep dropship. Keuntungan bagi setiap pasang baju yang dijualnnya ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat pembekal dropship, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. 

Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak. 

Dengan hanya menggunakan model bisnes dropship, Puan Jamilah berjaya menjadi seorang usahawan berjaya, yang kini boleh menentukan masa kerjanya sendiri, tanpa perlu bergantung kepada majikan yang kurang prihatin terhadap masalh kesihatan yang dihadapinya.

Sebenarnya tak susah untuk mula berniaga di shopee. Hanya modal yang sangat minima diperlukan, tak perlu pun buat pinjaman bank atau along untuk bermula. Memiliki kedai di shopee juga adalah percuma, dan anda boleh buat seberapa banyak kedai yang anda mahu.

Puan Jamilah mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh rakan saya yang dah berjaya di shopee, jadi perjalanannya untuk berjaya sudah disingkatkan, atau short cut dalam bahasa Inggerisnya. Jika anda beminat untuk mula berniaga di shopee, dan mengikuti jalan short cut untuk berjaya, klik butang di bawah ini

Image result for klik di sini

Comments

Popular posts from this blog

Lihat Bagaimana Tauke Kedai Pakaian Yang Hampir Bungkus Ini Bangkit Kembali Dengan Shopee

Mr Goon ialah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air. Sebelum ini beliau dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan beliau hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos.  Beliau ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada rakan saya, seorang usahawan shopee yang berjaya dan beliau tidak pasti sampai bilakah satu kedai beliau tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari.  Rakan saya pun ceritalah kat beliau macam mana caranya menjual di Shopee. Tanpa berlengah, beliau pun cuba mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee beliau. Hasilnya, pendapatan beliau kini semakin meningkat dengan kos yang semakin menurun. Beliau berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee.  Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung komp...

Bagaimana Guru Sekolah Hasilkan Jualan Mencecah RM100,000 di Shopee

Cikgu BeBe(nama pangilan) adalah seorang guru sekolah, bisnes di shopee hanya sambilan sahaja untuk beliau menambah pendapatan. Walaupun hanya part time…. Hasil jualan Cikgu Be di shopee mencecah RM100,000.00 Agak-agak anda, berapakan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh cikgu BeBe untuk menghasilkan jualan sehingga RM100K? Anda jangan TERKEJUT, Cikgu BeBe TIDAK keluarkan modal satu sen pun. "Untuk dapatkan jualan yang banyak kena rajin sikit lah", kata Cikgu Be. Berniaga di Shopee sangat sesuai untuk orang yang ada kerja tetap dan nak buat kerja sambilan dari rumah untuk tambah pendapatan. Kalau guru yang kita sedia maklum, sangat sibuk di siang hari dengan kerja-kerja di sekolah pun boleh buat, maka tiada alasan untuk kita tak ambil peluang ni. Shopee adalah platform online yang terbaik untuk anda cuba kerana : Senang diuruskan. Tiada sebarang fee dikenakan untuk bermula Konsep jual beli yang sesuai dengan strategi pre-order. Pemasaran percuma da...

Bagaimana Penjawat Awam Veteran Ini Berbisnes Sehingga Boleh Pencen Awal

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dan beliau ialah seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa beliau, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat.  Jadi, kawan saya pun perkenalkan Shopee kepada beliau. Walaupun beliau adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini. Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, beliau telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar. Sebelum itu, beliau kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, kawan saya cadangkan kepada beliau untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong.  Nasib beliau baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk.  En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam ke...